.

 

Akhbar Bahasa

 

English News

 

World News

 

Politikus

 

Serantau

 

e-Gov

 

Kemudahan

 

Pengangkutan

 

e-Perbankan

 

e-Transaksi

.

   

 

 
 

Chinese News

 

Chinese Portal

 

Indian News

 

Borneo News

 

Berita Sukan

 

Voice Call

 

Enjin Carian

 

Ads Service

 

Gamerz

 

e-Manga

.

 

12.16.2011

Handset dan function - Restore Factory Setting

Semua orang ada handset kan?. Rasa dah jadi keperluan wajib untuk semua orang tak kira peringkat umur.Handset korang tak kiralah apa jenis atau model pasti atau pernah alami masalah secara tiba-tiba atau secara sengaja.Maksudnya tangan tetibe gatal duk main setting dekat handset tu hehe . Contoh-contoh masalah tu:



  1. Terima SMS tapi tak keluar bunyi. On / Off handset tu pun tetap sama, tukar profile pun sama juga.

  2. Terima SMS tapi tak keluar display kat depan bagi tahu ada SMS dan bunyi pun tak ada.


  3. Tiada internet connection walaupun rasa dah pasti setting semua betul atau tak pernah usik ape pun.


  4. Hantar SMS tapi keluar error sending fail walaupun baki atau kredit mencukupi .


  5. Tidak boleh terima SMS dari sesiapa pun.

Boringkan kalau kene masalah macam ni. Walaupun dah check semua setting ok dan rasa dah putus asa, gersang idea, tandus fikiran.

Cara yang korang rasa senang mesti pergi kedai handset. Sampai kedai handset mulalah tokey kedai tu cakap



“ Haiya ini handset kena format semula lah sudah ada virus “


Atau,

“Ini handphone program sudah rosak lah, kena install baru program”

Kalau korang setuju cas untuk kerja tu semua RM50.00, duit jugak kan RM50.00 tu.Bagi aku besar nilainye. So apa jadi kat sini? Senyum jelah bile korang setuju,

Walhal pernah korang tengok macam mana dia program? Mcam mana dia install? Dah tentu korang tak nampak sebab kedudukan kaunter dengan tempat tokey ni buat kerja menipu terlindung. ataupun kaunter lebih tinggi dari meja tokey ni buat kerja .Betul tak?..Selepas tokey tu program/format semula phone korang tu, korang perasan tak ada file dalam handset tu masih seperti asal?

Pernah kan terjadi? File yang dimaksudkan dekat sini ialah file dalam handset dan bukan dalam memory card.Sekiranya program/format semula dibuat dah semestinye kesemua fail asal dalam handset akan berubah sama konsep sekiranya korang pernah format komputer. Jadi kalau rasa takut di tipu atau tertipu .Cubalah kaedah ni dan hasilnya sama macam tokey-tokey kedai ni buat.



  1. Sekiranya handset ada memory card copykan kesemua data atau maklumat yang penting kedalam memory card contohnya gambar atau video atau sebarang nota.


  2. Buka function Menu pada handset.


  3. Pilih Setting – Sesetengah model sekiranya Korang scroll pilihan setting akan jumpa Restore Factory Setting sekiranya tiada terus ke langkah 4.Biasanya model yang lebih maju kedudukannya berbeza dan yang pastinya function Restore Factory Setting ada dalam menu setting.Jadi mulalah gatalkan anda cari function ini.hehe


  4. Untuk model lebih maju function Restore Factory Setting ada dalam General Setting selepas korang pilih setting.Almaklumlah lain sepsis lain gayanye.


  5. Bila korang dah klik function Restore Factory Setting handset akan minta password. Default password ialah 12345 atau 01234.Selepas itu tunggu lah dia Off dan On dengan sendirinya.Tunggu sehingga dia ON sendiri.



  6. Ada juga sesetengah handset ada 2 function selepas korang klik Restore Factory Setting

    Pertama : Restore settings only – Pilihan ini hanya reset setting sahaja dan tidak melibatkan kehilangan data pada handphone atau memory card .

    Kedua: Restore All-Pilihan ini akan reset keseluruhan setting dan data pada handphone dan tidak melibatkan kehilangan data. Pilihan kedua lebih baik kerana keselruhan setting menjadi seperti asal sewaktu keluar dari kilang.

Selamat mencuba dari http://budytinta.blogspot.com/ .Apa yang aku tulis ni sebenarnya dah pun aku alami.Itulah alasan-alasan yang kedai akan bagi tau korang.Kalau salah ini hanya pandangan dan apa yang aku alami dalam hidup aku.

12.15.2011

Petua Kesihatan Sireh Pinang

Petua Kesihatan Sireh Pinang

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.
Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang
berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini
berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara
tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan
seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta
memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan
minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang
hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan,
terutamanya untuk anak kecil.

Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air
bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih.
Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian
tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan
sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau
dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses
pertumbuhannya.

Buntut Kawah - Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk
sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu
api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan
selepas digunakan.

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama
sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur
sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan
perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali
hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses
pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur
sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan
air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu
kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang
digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan
menghilangkan bengkak.

Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit
kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.

Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam
mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau
limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.

Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta
gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari,
ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.

Kurap - Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur
sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga
sembuh.

Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit
belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta
tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan
sendiri.

Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau
nipis dan
20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta
gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-
pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan
siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil,
cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan
perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar
biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.

Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu.
Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak
dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan
campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu
pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut.
Gendut akan menjadi kempis.

Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya
dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun
lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau
nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih
lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan
menggunakan penyaring sebelum diminum.

Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat.
Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.

Tapal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat
(minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin).
Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut
akan menjadi kecut.

Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar
tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih
pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah
dada.

Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati
santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan
minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat
kelamin lelaki.

-
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang
tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut
dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut.
Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki.
Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.

Ari-ari Pedih - Sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas,
ambil sirih bertemu urat, sebiji pinang yang telah dibelah tiga
bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi,
tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air
daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas
yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi.
Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan
atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil
beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju
beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi.
Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan
sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga
ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua
kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala
selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air
bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan
jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan
berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air,
campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi
suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh,
terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan
yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan
segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta
diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan
dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan
kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih
bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling
lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh
hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan
hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan
dari masalah keputihan. - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan
sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan
kuning telur ayam selama tiga pagi.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang
ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir
mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan
semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih
yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang
sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam
dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan
biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas
tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya
pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan
atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. - Giling
lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan
hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya.
Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari
berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit.
Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit
jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan
tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga
pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa
minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian
hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai
daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika
masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan
seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik
sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan
kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke
dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata
yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga
sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit
delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih
bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat
serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka
sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan. -
Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja
digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang
selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan
meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

12.07.2011

Rumah Sewa : Bantuan- bantuan




Ada sesiapa yang boleh membantu ? Aku perlukan bantuan sangat-sangat


Aku perlukan rumah sewa berhampiran PJ Seksyen 14 atau pun yang berhampiran dengan Putra LRT


Atau pun berhampiran Jalan Klang Lama,



Kalau ada yang boleh membantu SMS aku 0123205361


8.05.2011

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"


Ada tak sesiapa nak mengaku hasil tulisan di bawah milik siapa?..Jom layan







Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..... Tulisan ini diterima dari email.Sumber tulisan asli tidak dapat dikesan ada kemungkinan wujud penulis ini di dalam blog.


Siapa insan ini?



Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-
Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-
Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-
Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011-
Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-
Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-
Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-
Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011-
Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





9 April 2011-
Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





7.15.2011

Perkara yang tak pernah aku terfikir

Lama rasanye aku membawa diri..senyap menyepi.Lama dah aku tinggalkan blog ni.Sekejap aku ada nanti berbulan aku sepikan diri. Masa aku menulis blog ni dulu aku pun tak pasti apa tujuan aku.Posting-posting semua aku buang jauh dari blog aku.

Cuma tinggal tulisan tafsir mimpi yang aku tinggalkan.Tak pernah terfikir aku akan ada follower dan pembaca setia.Terima kasih buat mereka.Bila di fikirkan sejak aku buat blog ni dulu just untuk isi masa lapang aku dengan isi kekosongan hidup aku..che wah.kikiki..

Terima kasih juga buat sahabat pembaca di Indonesia.Yup aku rasa mungkin ada yang keliru dengan bacaan yang aku sajikan dalam blog ni.Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada aku orang malaysia atau indonesia.

Aku anak kelahiran malaysia tetapi datuk dan nenek aku berasal dari sana.Tiada salahnye kalau kite berkawan sama ada dalam satu rumpun agama atau bukan , sama ada satu rumpun bangsa atau tak.betulkan?..

Terima kasih buat pembaca semua..